Featured Posts Coolbthemes

Jumaat, 12 April 2013

MISI KEMANUSIAAN MANGSA RIBUT DI KEDAH

pasukan tindakan cemas malaysia wilayah utara telah menjalankan misi bantuan kemanusian kepada mangsa ribut di kampung paya dan kampung pida 4 kodiang kedah,dalam kejadian 1 april 2013 yang lalu ribut melanda 2 kampung tersebut   menyebakkan 66 buah rumah mengalami kerosakan teruk terutama dibahagian bumbung,setelah tersebar berita tesebut didada akhbar pasukan tindakan cemas malaysia terus membuat tinjauan,dari hasil tinjauan PTCM wilayah utara menghantar satu pasukan yang terdiri dari tukang rumah,tukang paip dan elektrik untuk membantu mangsa
  kehadiran pasukan tindakan cemas malaysia wilayah utara disambut baik masyarakat setempat,taklimat awal yang diberikan oleh pegawai ptcm kepada mangsa,mengenai kehadiran PTCM, dimana PTCM akan menyediakan khidmat pertukangan dan pembersihan kawasan dan segala barang keperluan untuk membaiki rumah disediakan mearka sendiri,
 dalam misi selama 8 hari ini PTCM wilayah utara dapat membaiki 13 buah rumah yang diketegori kerosakan teruk,disamping itu ptcm juga memberi bantuan hemper kepada mangsa ribut tersebut.
  pasukan tindakan cemas malaysia wilayah utara yang diketuai tuan komander mohammad serta dibantu pegawai latihan tuan ismail dan pegawai sosial tuan saari (kini penolong komander wilayah utara) serta seluruh anggota ptcm wilayah utara sangat berterimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan misi ini terutama sekali pada ketua turus utama wilayah utara dato,seri diraja setifani bin daud,yang turut sama datang untuk memberi sokongan,juga terimakasih tak terhingga kepada semua komanden-komanden negeri,pihak pengurusan kebangsaan yang sudi datang menghulurkan bantuan,berbentuk moral dan kewangan pada mangsa , 

















Khamis, 11 April 2013

jalani kursus buat bot

 bertempat dikampung sungai padang simpang ampat perlis,pasukan tindakan cemas malaysia(PTCM) wilayah utara telah menjalani kursus membuat bot dari gentian kaca selama 2 minggu seramai 8  anggota termasuk pegawai turut serta dalam kursus tersebut,majlis penyerahan telah dibuat oleh komander wilayah utara,


                          MENDENGAR TAKLIMAT DARI KETUA PEGAWAI PTCM WILAYAH UTARA(TAKLIMAT KESELAMATAN)





ADA SESUATU YANG DIPERKATAKAN OLEH TUAN PUNYA BENGKEL



























KELAS KOMPUTER PERCUMA

pasukan tindakan cemas malaysia (PTCM) wilayah utara telah mengadakan khidmat kemasyarakatan dengan adanya kelas komputer secara percuma pada penduduk kampung,buat masa kini ptcm wilayah utara hanya membuka satu kelas didewan orang ramai titi kerbau changlon pada setiap jumaat jam 9.00 malam dan mendapat sambutan dari penduduk setempat,ada diantara mereka yang telah menawarkan diri untuk turut serta menjadi tenaga pengajar disitu,
 
                                                Tuan hanaffi memberi tunjuk ajar pada pelajar

 tenaga pengajar suka rela menunjukkan panduan penggunaan komputer sambil diperhati oleh ketua    pegawaiPTCM wilayah utara(pegawai latihan)



                                      ketua pegawai(Pegawai latihan) turut memberi tunjukajar

Jumaat, 8 Mac 2013

Ahli KRSN-PTCM


Etika

KOD ETIKA & PERATURAN PENTADBIRAN
1) TAJUK :
Peraturan-Peraturan ini hendakla dinamakan “KOD ETIKA PTCM 

1998” yang bermaksud sebagai tambahan kepada undang-undang 
kecil, akta, kaedah-kaedah atau seumpamanya yang diguna-pakai dari
 masa ke semasa selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia


2) TUJUAN :
Untuk meningkatkan mutu disiplin di kalangan anggota dan untuk

mendidik mereka supaya mematuhi segala peraturan dan 
undang-undang bagi memupuk semangat kerjasama, setiakawan,
bersopan-santun dan taat setia kepada kerajaan dan negara.


3) PELAKSANAAN :
Pelaksanaan kod etika ini terbahagi kepada perkara-perkara berikut :-
a) Kesalahan-kesalahan yang melanggar perintah dan peraturan dan
b) Hukuman-hukuman yang wajar dikenakan.


4) MENYUBAHATI SESUATU KESALAHAN :
Seseorang anggota adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara 

jika ia menghasut mana-mana anggota supaya melakukan perkara 
itu, atau mengambil bahagian bersama dengan lain-lain anggota atau 
beberapa orang lain dalam pakatan jahat bagi melakukan perkara
 itu dengan apa-apa perbuatan yang melanggar undang-undang.


5) MEMBUAT PAKATAN JAHAT :
Apabila dua anggota atau lebih bersetuju melakukan atau menyebabkan

 supaya dilakukan sesuatu perbuatan menyalahi undang-undang.


6) MENYAMAR MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM :
Mana-mana anggota PTCM yang didapati memakai pakaian seragam

PTCM semasa tidak menjalankan tugas adalah melakukan 
suatu kesalahan dan tindakan boleh diambil atas tuduhan 
menyamar pakaian seragam dan merupakan suatu kesalahan 
mengikut kod atika ini dan kanun kesiksaan (NMB Bab 45).


7) PEMBERIAN PAKAIAN SERAGAM DAN HARTA :
Seseorang anggota PTCM hendaklah menjaga dengan baik sekali segala 

pakaian seragam, apa-apa harta atau peralatan dan dibeli dari wang 
kerajaan atau sumbangan orang ramai dan diberi dibawah penjagaannya. 
Pemberian itu adalah sebagai pinjaman kepadanya sahaja dan jika pihak
PTCM memerlukan semula, maka pakaian tersebut hendaklah dikembalikan.


8) BERPAKAIAN TIDAK KEMAS :Seseorang anggota PTCM apabila 

melakukan tugas rasmi yang dianjurkan oleh PTCM hendaklah sentiasa 
berpakaian seragam dengan keadaan segak dan kemas.


9) ENGKAR PERINTAH :
Seseorang anggota PTCM hendaklah sentiasa mematuhi segala perintah 

sama ada bertulis atau lisan yang diberikan kepadanya oleh mana-mana
 pegawai selain ahli Lembaga Amanah. Keengkaran mematuhi perintah
 tersebut adalah merupaka suatu kesalahan dan akan dikenakan tindakan
 tata-tertib terhadapnya.


10) BERKELAKUAN TIDAK SOPAN :
Jika seseorang anggota PTCM telah melakukan perkara-perkara tidak 

sopan yang mencabuli kod etika ini atau melakukan salah 
satu perbuatan berikut :-
a) Membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media massa 
    mengenai PTCM tanpa kebenaran daripada 
    Pengerusi Lembaga Amanah atau Ketua Turus Umum;
b) Membuat tuduhan palsu keatas anggota atau pegawai PTCM
    sehingga menyebabkan anggota atau orang ramai menaruh syak
    wasangka yang tidak baik.
c) Memburuk-burukan Pasukan sehingga mencemarkan nama baik 
    dan menjejaskan urusan organisasi.
d) Bertindak di luar etika mesyuarat sehingga menjejaska perjalanan
    mesyuarat itu.
e) Merujuk pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang lain atau

    mahkamah selain daripada Ketua Turus Umum atau Pengerusi PTCM 
    sendiri. Perbuatan ini boleh dianggap berkelakuan tidak senonoh, 
    bertindak secara memudaratkan kepentingan PTCM dan 
    di luar semangat setiakawan yang mana menurut peraturan 
    ini boleh digantung keanggotaannya atau dipecat serta-merta
    tanpa sebarang tunjuk sebab.


11) TIDAK HADIR TUGAS TANPA SEBAB MUNASABAH :
Mana-mana anggota PTCM yang diarahkan melakukan sesuatu tugas

dan telah bersetuju menerima tugas tersebut secara sukarela, tetapi
gagalmematuhinya dan tidak hadir tanpa sebab munasabah yang boleh
menyebabkan urusan PTCM jadi tergendala adalah 
melakukan sesuatu kesalahan mengikut etika ini dan boleh 
diambil tindakan tata-tertib.


12) MENGHADIRI SIASATAN DIHADAPAN LEMBAGA DISIPLIN :
Mana-mana anggota yang melakukan perkara-perkara yang 

bertentangan  dengan Kod Etika ini atau mana-mana 
undang-undang atau peraturan, boleh dikehendaki hadir 
di hadapan Lembaga Disiplin.


13) TIDAK HADIR KURSUS :
Mana-mana anggota yang telah menghadiri kursus tetapi 

meninggalkannya apabila kursus itu sedang berjalan 
adalah melakukan kesalahan dibawah Kod Etika ini dan 
boleh dikenakan tindakan disiplin, dan mana-mana anggota
mencabuli sesuatu peraturan akan dirujuk kepada 
Lembaga Amanah atau Ketua Turus Umum untuk tindakan 
dan keputusannya. Mana-mana anggota yang tidak 
berpuashati di atas sebarang keputusan Lembaga Disiplin atau
Ketua Turus Umum hanya boleh merayu atas izin khas Ketua Turus 
Umum mengikut merit kes tertentu. 
Sokongan bagi tindakan tata-tertibadalah seperti berikut :-

1) Memberi amaran;

2) Melaporkan perkara tersebut kepada tindakan Polis sekiranya 

    kes itu berat dan melibatkan jenayah;

3) Menggantung keanggotaannya daripada bertugas;

4) Menyingkirkannya daripada perkhidmatan;

5) Bagi kes kehilangan harta atau kerosakan, maka tindakan meminta 

    meraka membayar kos ganti rugi sama ada sepenuh atau separuh 
    harga boleh dikenakan. Keengkaran bagi mematuhi sebarang perintah 
    ini boleh mengakibatkan tidakan mahkamah dilakukan terhadapnya.


14) KESIMPULAN :
Laporan sokongan Lembaga Disiplin yang dilantik ini hendaklah 

disampaikan secara bertulis kepada Pengerusi atau Ketua 
Turus Umum untuk tindakan dan pengetahuannya bagi maksud rayuan.
Keputusan mereka adalah muktamad.


Di Perbuat di KUALA LUMPUR pada 07 hb Februari 1998.
DENGAN PERINTAH LEMBAGA
(CHE KHALID B. MD.ALI)
Pengerusi
Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia